MB Kedah bercakap tentang bolasepak
|
|
ALOR SETAR:
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak hari ini menunjukkan
pengetahuan dan minatnya yang mendalam tentang sukan khasnya
bolasepak.Ketika menggulung perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri
Kedah, beliau memberitahu, bukan mudah untuk mengurus sebuah pasukan
bola sepak kerana permainan bola sepak ini ada kalanya di atas dan ada
masanya di bawah.
Beliau mengulas pandangan ahli dewan berkaitan kemerosotan pasukan bolasepak Kedah pada tahun ini.
Beliau
memberitahu sidang dewan bahawa bahawa pengurusan sesebuah pasukan
bolasepak bukanlah mudah sepertimana yang dimiliki oleh rakyat Malaysia
iaitu Cardiff City (Vincent Tan) dan Queens Park Rangers (Tony
Fernandez).
"Saya dulu tak suka pasukan Manchester United pasal
ada Jordan (Joe Jordan) dan saya sokong Liverpool kerana ada Kevin
Keegan. Manchester ada dua pasukan United dan City. Manchester City
dulunya hebat kemudiannya jatuh dan mengambil masa untuk bangun semula.
"Sekarang City dah ada pengurus baru, Mancini. Mereka kuat balik, tapi malam tadi kalah dengan Real Madrid," katanya.
Katanya,
lagi pasukan bolasepak Kedah pada musim akan datang akan distruktur
semula dengan gandingan pemain yang terdiri pemain tempatan dan luar
negera termasuk dari Brazil. |
PANDANGAN DALAM LAMAN INITIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER DAN PAS KAWASAN KUBANG PASU)Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan